Saturday, 11 August 2012

Pastikan Komputer Anda Bebas DNS Changer Untuk Terus Melayari Internet


 CyberSecurity Malaysia menyediakan cara mudah menyemak sama ada komputer anda dijangkiti ataupun sebaliknya. Kini, untuk memastikan anda dapat menggunakan internet seperti biasa, anda hendaklah memastikan komputer anda bebas daripadanya, memandangkan pelayan yang disalahgunakan itu akan dimatikan sepenuhnya pada 9 Julai kelak.
Pihak FPI daripada Amerika Syarikat mengatakan yang mana mereka akan mematikan pelayan DNS yang digunakan untuk mengendalikannya, sekaligus membuatkan komputer yang dijangkiti dengannya hampir tidak dapat mengakses laman-laman web lain seperti biasa.
Apa itu DNSChanger?
DNSChanger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.
Pada November 2011, FBI telah menumpaskan rangkaian penjenayah siber yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penyebaran DNSChanger ke seluruh dunia.
Kira-kira empat juta pengguna telah terjejas di seluruh dunia. Untuk mengelakkan mangsa malware ini dari kehilangan perkhidmatan internet mereka, FBI telah bekerjasama dengan Internet Systems Consortium (ISC) untuk menubuhkan dan mengendalikan satu penyelesaian DNS sementara, sementara memberi peluang kepada ISPuntuk membantu pelanggan/pengguna mereka untuk membuang jangkitan DNSChanger ke atas mesin mereka.
Penyelesaian sementara ini dijangka akan dimatikan seawal 9 Julai 2012. Ia memungkinkan pengguna yang dijangkiti DNSChanger akan tidak dapat untuk berhubung ke internet setelah penyelesaian DNS sementara ini dimatikan.
Bagi anda yang ingin memastikan komputer anda bebas daripadanya, boleh melayari laman khas yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia, sekaligus memastikan komputer anda bebas daripadanya. Sekiranya dijangkiti, pihak CyberSecurity menyediakan beberapa langkah untuk membaik pulih, dan mengembalikan komputer anda seperti sedia-kala.

Friday, 10 August 2012

Bagaimana Mengetahui Masalah Pada Komputer Windows Anda?

Kadangkala, ketika ingin membaiki atau membaik-pulih sesuatu komputer, ia adalah mudah dengan memulakan analisa ringkas dan mengetahui masalah yang dihadapi olehnya. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah System Analyzer.
System Analyzer merupakan salah satu program mudah-alih, membolehkan anda menyimpannya pada storan USB dan membawanya kemana-mana sahaja. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membukanya, dan ia akan menjalankan imbasan pada sesuatu komputer, dan memaparkan keputusan dan laporan untuk komputer tersebut dalam masa seminit dua.
Aplikasi ringkas ini membolehkan anda mengetahui pelbagai perkara, seperti sokongan perisian sekuriti tambahan yang aktif atau sebaliknya, mengimbas pelbagai folder penting dalam mengetahui ia menghadapi masalah ataupun tidak, serta menyatakan sekiranya ruangan storan pada komputer anda penuh atau tidak. Pelbagai perkara lain yang berkaitan untuk mengoptimasikan lagi sistem operasi anda turut disertakan padanya.
Dan untuk pengguna yang ingin mengetahui lebih banyak perkara, anda turut sama boleh merujuk kepada laporan penuh yang disediakan dalam bentuk dokumen teks, menyenaraikan pelbagai perkara, daripada informasi asas sesuatu komputer, sokongandriver, serta pelbagai informasi lain padanya.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun System Analyzer hari ini, dan mencubanya sendiri, serta mengoptimasikan sistem operasi anda untuk mendapatkan prestasi penuh daripadanya.
Copyright © 2012 . All Right Reserved by aKiRai